Pembantu kedai makan warga Indonesia diberkas kes curi bateri

Iklan
Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat dalam 17 kes curi bateri kereta sejak Oktober lalu di sekitar Dato Senu, Sentul berjaya diberkas pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai terlibat dalam 17 kes curi bateri kereta sejak Oktober lalu di sekitar Dato Senu, Sentul berjaya diberkas pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menahan pembantu di sebuah kedai makan berusia 27 tahun itu hasil kerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Suspek kini direman hingga 21 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Sukarno berkata, kejayaan tangkapan itu telah membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes yang melibatkan curi bateri kereta di sekitar kawasan Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran dalam membanteras kejadian jenayah ini daripada berleluasa," ujarnya.