Bayi lahir tepi jalan sihat, dalam keadaan baik
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
JOHOR BAHRU - Bayi lelaki yang dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia di sini pada Ahad lalu dilaporkan sihat dan berada dalam keadaan baik.
Perkara tersebut dikongsikan kepada Sinar Harian oleh ibunya yang enggan dikenali.
Iklan
Iklan
Wanita asal Sabah yang sudah tinggal di negeri ini sejak hampir setahun lalu itu berkata, bayinya kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi menerima rawatan lanjut termasuk diberikan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman.
"Alhamdulillah, berat bayi saya adalah 2.63 kilogram.
Iklan
"Setakat ini, kami juga masih belum memberikan nama kepada bayi kami itu," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Bagaimanapun, wanita itu enggan melanjutkan sesi temu bual kerana masih belum stabil dari segi emosi.
Iklan
Ahad lalu, kisah wanita berkenaan yang melahirkan seorang bayi lelaki di tepi jalan raya itu tular di TikTok.
Insiden berkenaan turut menjadi tumpuan ramai apabila seramai tujuh individu berbilang kaum dipercayai pengguna jalan raya menjadi 'bidang terjun' bagi membantu wanita tersebut melahirkan anaknya.
Malah, mereka juga memastikan proses kelahiran lancar dan bayi berada dalam keadaan selamat sementara menunggu kehadiran ambulans.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>