Lelaki didakwa curi makanan kucing, selipar

Iklan
Kuan Jie (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Rabu.

MELAKA - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan mencuri makanan kucing, pewangi, jem roti dan selipar di sebuah kedai serbaneka di Taman Merdeka pada Ahad lalu.

Tertuduh, Chua Kuan Jie, 33, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa telah mencuri lima peket makanan kucing, pewangi, jem roti dan sepasang selipar daripada milikan kedai Speedmart di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini kira-kira jam 5.30 petang pada Ahad lalu.

Pendakwan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya dihendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Peguam Nigel Tai merayu jaminan rendah kerana anak guamnya sedang menerima rawatan sebagai pesakit mental di hospital dan hanya disara ibunya.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 September depan sebagai sebutan semula kes.