Remaja maut pada hari jadi ke-19

Iklan
Seorang remaja maut dalam kemalangan tragis pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 dalam kejadian di Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir berhampiran simpang tiga Juasseh di sini pada pagi Rabu. Foto kecil: Muhammad Adam

KUALA PILAH – Seorang remaja maut dalam kemalangan tragis pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-19 dalam kejadian di Jalan Kuala Pilah - Batu Kikir berhampiran simpang tiga Juasseh di sini pada pagi Rabu.

Mangsa, Muhammad Adam Hirish Hairil Azwan, yang menunggang motosikal jenis Honda FS150, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi apabila kenderaan yang dipandu seorang wanita berusia 68 tahun keluar dari simpang untuk menuju ke Batu Kikir.

“Semasa pemandu Proton Persona keluar simpang, motosikal yang datang dari arah kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan kenderaan terbabit.

Iklan

Keadaan kereta wanita terbabit kemalangan dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta mengalami kecederaan dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Pilah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan raya.