KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di lapan negeri sehingga 1 pagi Rabu.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, negeri berkenaan ialah Kelantan yang melibatkan kawasan Gua Musang dan Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).