Bangladesh minta bantuan Malaysia selesai isu Rohingya
Iklan
Dr Muhammad Yunus (kiri) ketika mengadakan mesyuarat dua hala bersama Anwar di Kompleks Perdana Putra hari ini. - Foto: Bernama
PUTRAJAYA – Bangladesh memohon bantuan Malaysia bagi mencari jalan penyelesaian terhadap krisis melibatkan etnik Rohingya yang disifatkan sebagai masalah besar kepada negara itu.
Ketua Penasihat Bangladesh, Dr Muhammad Yunus berkata, pihaknya memandang tinggi peranan Malaysia khususnya sebagai Pengerusi ASEAN untuk membantu menggerakkan usaha diplomatik menyelesaikan isu berkenaan di peringkat serantau.
Iklan
Iklan
“Kami memohon bantuan Malaysia khususnya sebagai pengerusi kumpulan negara ASEAN. Kami memerlukan segala bentuk bantuan yang boleh diperoleh dan Malaysia adalah sahabat baik kami,” katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kompleks Perdana Putra, di sini sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Iklan
Muhammad menegaskan hubungan rapat antara kedua-dua negara selama ini menjadi asas kepada keyakinan Dhaka bahawa Kuala Lumpur mampu memainkan peranan penting dalam isu kemanusiaan tersebut.
Menurut beliau, selain bantuan diplomatik, Bangladesh turut mengalu-alukan pelaburan Malaysia di negara itu bagi memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.
Iklan
“Bangladesh terbuka dalam perniagaan. Negara kami menawarkan peluang besar, memiliki sumber manusia dan teknologi yang boleh dimanfaatkan.
“Anda boleh melabur di Bangladesh dan memasarkan produk ke seluruh dunia,” jelasnya.
Beliau berkata kedua-dua negara telah membincangkan senarai idea dan isu yang boleh dilaksanakan bersama secara dua hala dan pelbagai hala termasuk memperluas kerjasama dalam bidang kewangan serta pelaburan.
“Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan ini supaya membangunkan ekonomi yang mampan dan berdaya pertumbuhan tinggi.
“Kami amat gembira kerana rakyat Malaysia sentiasa memberikan sokongan kepada kami di Bangladesh,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>