Struktur tidak kukuh dipercayai punca jeti Tambatan Diraja runtuh

Iklan
Jeti Tambatan Diraja Kota Bharu yang baharu dua tahun dibina runtuh pada Sabtu dipercayai akibat struktur binaan yang tidak kukuh. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU – Jeti Tambatan Diraja di sini yang baharu dua tahun dibina runtuh pada Sabtu dipercayai akibat struktur binaan yang tidak kukuh.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kemudahan berkenaan tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang ramai pada Jumaat dan Sabtu susulan penganjuran aktiviti menyelusuri Sungai Kelantan menaiki bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) secara percuma sempena Program Madani Rakyat 2025 Kelantan.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk, Muhammad Ismail Abdullah, 56, berkata, pada hari kejadian dia melihat jeti yang diperbuat daripada besi itu runtuh apabila dipukul ombak sehingga menyebabkan penyambungnya patah.

Jeti yang diperbuat daripada besi itu runtuh apabila dipukul ombak sehingga menyebabkan penyambungnya patah. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

“Ia dibina tidak sampai dua tahun, dipercayai struktur binaan tidak kuat apabila dipukul ombak.

“Sebelum ini jeti hanya digunakan oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti air di Sungai Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Muhammad Ismail berkata, kedalaman air Sungai Kelantan di kawasan kejadian adalah sekitar lebih satu meter.

Dia berharap pihak terlibat segera membaiki kerosakan jeti itu bagi mengelakkan kesulitan kepada pengguna lain.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas kemudahan berkenaan tidak dapat menampung bilangan pengunjung yang ramai. Foto Sinar Harian - HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata, beliau akan merujuk perkara tersebut kepada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK), ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk tindakan selanjutnya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Jeti Tambatan Diraja di sini runtuh menyebabkan tiga wanita dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kelantan.

Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 4.53 petang itu terkawal dan kesemua mangsa selamat.