PUTRAJAYA - Mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan terapung di permukaan Tasik Putrajaya pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mayat remaja itu disedari orang awam berdekatan sebuah restoran makanan segera di Presint 2 di sini pada jam 7.50 pagi.
Iklan
Iklan
"Saksi yang sedang melalui kawasan itu bertindak berenang dan menarik mayat ke tebing,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).
"Mayat remaja itu dibawa ke Bahagian Patologi Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat,” katanya. - Bernama