SAO PAULO - Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 46 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pada lewat Jumaat di lebuh raya di negeri Mato Grosso, wilayah tengah-barat Brazil, menurut polis lebuh raya persekutuan Brazil pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menurut agensi berita kerajaan Agencia Brasil, daripada jumlah mangsa yang cedera, lapan mengalami kecederaan ringan, 26 cedera sederhana manakala 12 lagi, termasuk pemandu trak cedera parah.