Israel semakin ditolak di Thailand

Iklan
Thailand hanya mengalu-alukan mereka yang mematuhi undang-undang di negaranya. Foto dijana AI

SENTIMEN terhadap Israel di Thailand semakin ketara sejak beberapa minggu kebelakangan ini, memperlihatkan perubahan dalam hubungan kedua-duanya yang selama ini banyak dipacu sektor pelancongan dan hubungan ekonomi.

Namun, penolakan yang semakin jelas itu tidak berpunca daripada satu perkembangan semata-mata.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, ia terbentuk daripada beberapa perkara yang berlaku serentak, bermula dengan kontroversi membabitkan tingkah laku sebahagian pelancong Israel, kebimbangan terhadap pengaruh modal asing dan pemilikan hartanah hinggalah kemarahan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan Israel di Genting Gaza dan Tebing Barat.

Pada 10 September lalu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di luar Kedutaan Israel di Bangkok dalam demonstrasi yang diketuai aktivis veteran, Sondhi Limthongkul.

Iklan

Mereka mendesak pelancong asing menghormati undang-undang dan budaya tempatan selain menyuarakan kebimbangan mengenai dakwaan penguasaan hartanah dan perniagaan oleh modal asing.

Perkembangan itu berlaku selepas beberapa kes kontroversi membabitkan pelancong Israel mendapat perhatian masyarakat.

Iklan

Antara yang menjadi tumpuan ialah seorang lelaki Israel yang dihantar pulang selepas didakwa mengugut pengendali sebuah zoo di Koh Samui berhubung paparan bendera Palestin.

Kes tersebut mendorong kerajaan Thailand dan Kedutaan Israel mengadakan perbincangan mengenai langkah memastikan pelancong menghormati undang-undang serta adat tempatan. Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow turut bertemu Duta Israel, Alona Fisher-Kamm pada awal September.

Pertemuan itu menunjukkan perkara berkenaan sudah mendapat perhatian di peringkat diplomatik meskipun Bangkok terus menegaskan bahawa Thailand mengalu-alukan pelancong asing selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

Keresahan mengenai kehadiran mereka turut mengambil dimensi baharu susulan kontroversi membabitkan tanah perkuburan Yahudi di Chachoengsao.

Pihak berkuasa mendapati tapak berkenaan beroperasi tanpa lesen sah sebelum mengarahkan pemindahan di Chonburi.

Kes itu kemudiannya membawa kepada pemeriksaan lebih meluas terhadap tanah perkuburan di seluruh negara bagi memastikan semua kemudahan berkenaan mematuhi syarat pelesenan.

Perkara ini penting kerana ia bukan semata-mata menyentuh komuniti Yahudi, sebaliknya turut membabitkan persoalan mengenai penguatkuasaan undang-undang terhadap kemudahan yang dikendalikan pihak asing.

Dalam suasana yang semakin tegang itu, kenyataan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul pada Khamis lalu turut mendapat perhatian ramai.

Ketika mengulas mengenai pematuhan undang-undang oleh warga asing, beliau berkata: 'Kalau sudah sampai masa untuk mati, biarlah di negara sendiri. Tak perlu datang ke sini'.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak ditujukan secara khusus kepada komuniti Yahudi. Konteksnya adalah perbincangan mengenai pematuhan undang-undang oleh warga asing termasuk berkaitan isu tanah perkuburan.

Namun, kenyataan itu mendapat perhatian kerana dibuat ketika kebimbangan terhadap kehadiran komuniti Israel di Thailand semakin mendapat tempat dalam perbincangan awam.

Perkembangan itu menunjukkan bahawa ketegangan yang berlaku bukan hanya berkisar mengenai Israel, tetapi turut dipengaruhi persoalan tempatan berkaitan kehadiran warga asing, pemilikan hartanah dan penguatkuasaan undang-undang.