SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak gentar sekiranya disaman oleh ibu bapa susulan tindakan tegas membuang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terbabit dalam kes buli.
Beliau mendedahkan, terdapat ibu bapa kepada pelajar yang dibuang sekolah kerana kesalahan tersebut berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya dan Mara.