Pemandu parah, treler bawa muatan sabun pencuci pinggan terbalik

Iklan
Sebuah treler muatan sabun pencuci pinggan terbalik telah menghalang laluan lebuh raya dari Ipoh ke Kuala Kangsar. Foto ihsan Bomba Perak

IPOH - Seorang lelaki parah selepas treler membawa muatan sabun pencuci pinggan yang dipandunya terbalik di Kilometer 256.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 12.06 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah lori treler muatan sabun pencuci pinggan terbabas dan merintangi jalan.

"Terdapat seorang mangsa yang cedera parah telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," katanya di sini.

Iklan

Pasukan bomba menjalankan operadi di lokasi treler bermuatan sabun pencuci pinggan terbalik yang menyebabkan pemandunya cedera parah. Foto ihsan Bomba Perak

Menurut Sabarodzi, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan sisa di lokasi kejadian setelah treler berjaya dialihkan.

Iklan

Sementara itu, Plustrafik menerusi akaun X memaklumkan kesemua lorong masih terhalang dan laluan kontra diaktifkan antara KM257.3 hingga KM256.2.

"Status terkini, kerja pengalihan kemalangan arah utara dari Ipoh ke Kuala Kangsar sedang dijalankan dan semua lorong masih terhalang.

"Pusingan U di Terowong Menora dan lencongan keluar di Plaza tol Ipoh Selatan telah dinyahaktifkan. Trafik sesak di kedua-dua arah," katanya.