8 maut, 15 cedera lori jatuh gaung

Iklan
Lapan orang maut manakala 15 lagi cedera selepas sebuah lori yang membawa 22 orang terjunam ke dalam gaung di wilayah Sultan Kudarat, selatan Filipina. Gambar hiasan

MANILA - Lapan orang maut manakala 15 lagi cedera selepas sebuah lori yang membawa 22 orang terjunam ke dalam gaung di wilayah Sultan Kudarat, selatan Filipina, menurut polis pada Khamis, lapor Xinhua.

Kemalangan kira-kira jam 5.20 petang waktu tempatan pada Selasa berlaku ketika lori itu sedang melalui selekoh menuruni bukit di lebuh raya di bandar Lebak.

Iklan
Iklan

Polis berkata, brek lori itu gagal berfungsi menyebabkannya melanggar serpihan konkrit daripada projek pembinaan jalan yang sedang dijalankan sebelum terjatuh ke dalam gaung.

Anggota penyelamat membawa mangsa yang cedera ke hospital dengan lapan daripada mereka disahkan meninggal dunia. - Bernama/Xinhua

Iklan
Iklan