MELAKA - Bekas pengurus pentadbiran sebuah anak syarikat kerajaan negeri direman dua hari bermula Khamis selepas disyaki menyalahgunakan kuasa membabitkan pembelian insurans kebakaran, empat tahun lalu.
Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin terhadap suspek lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.