Artis dibuli, dijadikan umpan untuk naikkan rating

Iklan
Ruang seni kini dilihat sudah menjadi medan sensasi bukan lagi platform apresiasi. Gambar hiasan

MERAK Jalanan perhatikan semakin hari dunia hiburan kita makin dipenuhi skrip yang pelik-pelik. Bukan skrip drama di kaca TV, tapi skrip ‘realiti’ yang dibuat-buat demi satu matlamat iaitu publisiti.

Karier sebagai artis adalah untuk memberi hiburan kepada orang ramai, secara tak langsung sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Malangnya, mereka kini makin kerap dijadikan umpan.

Iklan
Iklan

Tak cukup dengan gosip rekaan dan drama buatan, ada stesen TV yang sengaja menjemput dua selebriti yang pernah berselisih untuk berada di pentas yang sama. Kononnya atas nama profesionalisme, tapi hakikatnya mereka dibuli demi menaikkan rating.

Merak Jalanan lihat ruang seni sudah jadi medan sensasi, bukan lagi platform apresiasi. Fenomena ini tidak sihat bukan sahaja dari sudut etika tetapi dari aspek perkembangan jati diri dan profesionalisme seni.

Iklan

Kita perlu berhenti sejenak dan tanya kepada diri, sampai bila maruah manusia jadi content?

Merak Jalanan tidak nafikan, stesen TV juga perlu mengejar rating, namun artis ada hak untuk dihormati. Mereka bukan alat untuk menjual produk, menaikkan tontonan atau mencetuskan kontroversi palsu.

Iklan

Bagi Merak Jalanan, kalau benar ingin majukan industri hiburan, fokuslah kepada karya, bukan konflik. Jangan jadikan pentas seni sebagai tempat menyemai drama yang tak mendidik.

Kita sebagai penonton pula, usah mudah terhibur dengan racikan emosi yang sengaja dicipta. Kita berhak kepada hiburan yang cerdik, bukan cerita yang dirancang untuk mencetuskan sensasi murahan.

Ingatlah, artis bukan umpan. Mereka insan seni, bukan alat promosi. Merak Jalanan bukan nak membela artis, tetapi melihat mereka juga manusia yang mempunyai maruah, emosi dan kehidupan peribadi.