Bapa didenda RM10,000 dera anak lelaki
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didenda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mendera anak lelakinya.
Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman denda itu terhadap bapa berumur 38 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja melakukan penderaan ke atas kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan iaitu kesan bengkak dan luka di bahagian atas matanya.