SEREMBAN – Seorang broker tanah di Negeri Sembilan direman selama tujuh hari selepas disyaki menggunakan dokumen geran yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah kira-kira RM3.8 juta.
Perintah reman terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Majistret Saiful Sayoti selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Seremban, pada Selasa.