Penjual pakaian bebas tuduhan sebabkan kematian pelajar Tingkatan Tiga

Iklan
Mohamad Zakiran (tengah) bersama dua peguambela keluar dari Mahkamah Majisret Machang pada Isnin.

KOTA BHARU - Mahkamah Majisret Machang pada Isnin melepas dan membebaskan seorang penjual pakaian daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, Machang dua tahun lalu.

Majistret, Amal Razim Alias membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan Mohamad Zakiran Mohd Zain, 31, memandu dalam keadaan berbahaya dan menyebabkan kematian mangsa.

Iklan
Iklan

Mahkamah mendapati kematian mangsa disebabkan kecuaian penunggang motosikal yang menunggang secara laju dan keadaan motosikal yang tidak memiliki brek.

Selain itu, keterangan pegawai perubatan sebelum ini menyatakan bahawa kecederaan di kepala menyebabkan kematian mangsa dan ketika itu dia tidak memakai topi keledar.

Iklan

Di akhir kes pendakwaan, peguambela tertuduh menghujahkan bahawa polis gagal menyiasat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menghalang laluan tertuduh serta keputusan siasatan polis yang membuat ukuran jalan hanya berdasarkan anggaran dan bukan ukuran sebenar.

Tertuduh diwakili peguambela Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohd Bakri.

Iklan

Lelaki berkenaan sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara cuai di Jalan Pulai Chondong, Machang dan menyebabkan seorang pembonceng motosikal, Rifqi Danish Arman Rosmaidi meninggal dunia dalam kejadian pada 6 April 2023.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman penjara mandatori hingga sepuluh tahun dan denda sehingga RM50,000.