168 guru di negeri Sembilan disiasat isu disiplin sejak 2021

Iklan
Ismail

SEREMBAN - Sebanyak 168 kes isu disiplin melibatkan pegawai perkhidmatan pendidikan atau guru direkodkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dari tahun 2021 hingga 2025.

Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim (BN–Senaling) berkata, jumlah itu merangkumi pelbagai jenis kesalahan termasuk gangguan seksual (20 kes), hubungan sulit (6 kes), jenayah dan mencederakan murid, masing-masing (3 kes).

Iklan
Iklan

"Selain itu, ingkar perintah (69 kes), pemalsuan dokumen (4 kes), penyelewengan kewangan (6 kes), penyataan awam (3 kes), dan bankrap (9 kes).

"Kesalahan lain ialah penglibatan dalam politik (3 kes), keluar negara tanpa kebenaran (4 kes), kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (2 kes), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (1 kes) dan surcaj (2 kes)," katanya pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15, di sini pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Chew Seh Yong (DAP–Lobak) berkenaan isu disiplin melibatkan guru di Negeri Sembilan.

Jelasnya, daerah Seremban merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 89 kes, diikuti Jempol/Jelebu (36 kes), Tampin (13 kes), Port Dickson dan Kuala Pilah (masing-masing 11 kes) serta Rembau (8 kes).

Iklan

Tambahnya, tindakan susulan telah pun diambil terhadap guru-guru terbabit di bawah tindakan tata tertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

“Tindakan tata tertib ini berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan dan bagi kesalahan berat, tindakan diberhentikan boleh diambil terhadap guru terbabit,” katanya.