Operasi Carilamat seorang lagi warga Turkiye diteruskan
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung dua pelancong warga Turkiye dikhuatiri hilang, kapal layar karam dipukul ribut di perairan Terengganu
KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang lagi warga Turkiye, Eser Demirkol yang hilang selepas Kapal Layar Daisy dinaiki karam di perairan Pulau Yu di sini, diteruskan untuk hari ketiga hari ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu dalam kenyataan hari ini berkata pencarian mangsa dan kapal layar tersebut kini menumpukan pada sektor merangkumi 73.5 batu nautika persegi.
Iklan
Iklan
Kenyataan tersebut memaklumkan operasi yang bermula jam 7 pagi tadi melibatkan aset udara dan laut milik Maritim Malaysia dan Polis Marin.
"Selain itu penyelam Maritim Malaysia juga dijangka akan membuat selaman hari ini,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Sebelum ini dilaporkan, tiga lelaki warganegara Turkiye iaitu kapten kapal Ahmet Volkan Ata, 52, Ates Demiroren, 42, dan Demirkol, 52, yang merupakan peserta pelayaran merancang melakukan siri jelajah mengelilingi benua dari Malaysia ke negara asal mereka pada Isnin lepas.
Bagaimanapun, pada petang Selasa kapal layar itu dilanda ribut dan dipercayai karam di perairan Pulau Yu.
Iklan
Demiroren dijumpai dan diselamatkan oleh nelayan tempatan tengah hari Khamis manakala Volkan Ata ditemui selamat pada malam hari yang sama oleh bot nelayan tempatan setelah lebih 40 jam berenang di laut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>