RMK13: KWSP sedia teliti cadangan skim pencen bulanan

Iklan
KWSP sedang meneliti cadangan bayaran pencen bulanan kepada ahli seperti dicadangkan dalam RMK13 - Foto hiasan

SHAH ALAM - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang meneliti cadangan kerajaan untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan kepada ahlinya seperti terkandung dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK).

KWSP dalam kenyataan berkata, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus yang menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli.

Iklan
Iklan

"KWSP mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah RMK13 untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli.

"Buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran KWSP kekal seperti sedia ada. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa," katanya.

Iklan

Media melaporkan, dokumen RMK13 menyatakan bahawa pendekatan baharu terhadap KWSP 'akan diteroka'.

Kerajaan sebelum ini memaklumkan, satu mekanisme yang lebih baik akan diteroka bagi menjamin pendapatan yang berterusan selepas bersara, memandangkan simpanan persaraan yang mencukupi adalah penting untuk kebajikan pekerja pada usia tua.

Iklan

Dalam laporan RMK13 yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi, mekanisme ini akan membolehkan pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen, iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.