PDRM hargai peranan media - KPN

Iklan
Mohd Khalid (kanan) beramah mesra dengan Zamri semasa Majlis Ramah Mesra di Bukit Aman pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghargai peranan media sebagai penghubung pasukan keramat itu dengan masyarakat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tanggungjawab media bukanlah sekadar menjadi pemerhati pasif yang mencari bahan berita demi keuntungan semata-mata.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, kata beliau, media menjadi medium penting untuk memartabatkan permuafakatan dan kesejahteraan komuniti, menangani konflik serta isu keselamatan malah membentuk kesedaran masyarakat ke arah kebertanggungjawaban mempertahan kedaulatan negara.

"Teras perkhidmatan PDRM adalah untuk menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Iklan

"Kematangan usia mencecah 218 tahun, PDRM terus kekal relevan dan signifikan menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, penuh komitmen dan profesional dalam apa jua bidang tugas yang dipertanggungjawabkan sepertimana yang diperlukan oleh masyarakat," katanya ketika berucap ketika Majlis Ramah Mesra Ketua Polis Negara bersama Media di Bukit Aman di sini pada Jumaat.

Seramai 30 pengamal media daripada pelbagai agensi termasuk Sinar Harian yang diwakili Ketua Pengarang, Zamri Rambli hadir dalam majlis terbabit.

Iklan

Majlis turut dihadiri pengarah jabatan PDRM, ketua polis negeri serta pegawai-pegawai kanan.

Mohd Khalid (tengah) dan pegawai-pegawai kanan PDRM bergambar bersama petugas media selepas Majlis Ramah Mesra di Bukit Aman pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, PDRM tidak melupakan jalinan kerjasama dan hubungan baik bersama rakan-rakan media yang mana akan terus diperteguhkan demi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Rakan media diseru agar memainkan peranan penting dan berkesan dalam memastikan setiap berita, informasi dan imej gambar yang akan diterbitkan sahih, tepat dan benar.

"Langkah ini amat penting bagi menjaga kredibiliti maklumat yang dikongsikan bersama masyarakat serta mengelakkan sebarang penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengikis kepercayaan masyarakat kepada PDRM mahu pun kerajaan," ujarnya.

Tambahnya, media perlu mengutamakan perpaduan kaum dan keamanan negara dengan menghindari tindakan mensensasikan isu-isu semasa, khusus membabitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), melagakan parti-parti politik serta perkara-perkara boleh membangkitkan ketidakstabilan politik dan menggugatkan kesejahteraan masyarakat.

"PDRM juga akan terus komited memperkukuh integriti, keterbukaan dan akauntabiliti dalam setiap tindakan.

"Kerjasama konstruktif dengan pihak media adalah kunci utama ke arah Malaysia yang lebih aman dan berdaya saing," ujarnya.