Telefon boleh lipat kini semakin canggih, namun kebimbangan terhadap ketahanan dan kos baik pulihnya masih menjadi halangan utama kepada ramai pengguna.
Ini terutama sekali apabila skrin dalaman rosak, pasti pening kepala sebab harganya boleh mencecah ribuan ringgit, lebih mahal daripada membeli telefon baharu.
HONOR yang sentiasa cakna dengan keinginan para peminatnya, tampil dengan solusi menyeluruh melalui HONOR Magic V5, sebuah telefon boleh lipat yang bukan sahaja dibina kukuh tetapi turut disertakan dengan jaminan perlindungan menyeluruh selama dua tahun.
HONOR Magic V5 hadir dengan program Worry-Free Warranty, satu perlindungan eksklusif yang direka khas untuk skrin boleh lipat dan diberikan secara automatik bersama setiap pembelian.
Dengan jaminan gempak ini, pengguna menikmati perlindungan retak selama setahun di mana mereka boleh menukar skrin (dalam atau luar) sekali sekiranya berlaku keretakan, dengan hanya dikenakan caj buruh sebanyak RM60.
Lebih menarik, selama dua tahun penuh, sebarang kerosakan skrin yang bukan berpunca daripada kesilapan pengguna seperti kemunculan garis hijau, kebocoran paparan atau keganjilan visual lain akan diganti secara percuma dan tanpa had.
Perlindungan tiga lapisan
Keyakinan HONOR terhadap ketahanan Magic V5 bukan sekadar ‘omongan kosong’. Telefon ini dibina dengan pelbagai teknologi perlindungan terkini.
Antaranya ialah NanoCrystal Shield yang menawarkan tahap ketahanan tiga kali lebih baik terhadap kehausan, sepuluh kali lebih tahan terhadap hentakan, dan lima belas kali lebih tahan calar.
Teknologi ini memastikan skrin mampu menahan kesan geseran daripada objek tajam seperti kunci serta impak daripada jatuh di permukaan keras.
Struktur dalaman skrin Magic V5 turut diperkukuh dengan sistem perlindungan tiga lapisan. Lapisan luar disalut dengan alumina bagi menguatkan rintangan calar, manakala lapisan tengah dilengkapi cecair bukan-Newtonian yang menyerap impak jika terjatuh. Lapisan paling dalam pula menggunakan gentian karbon sepenuhnya di sekitar engsel, berfungsi untuk menghalang habuk masuk; salah satu punca utama masalah garis hijau pada skrin.
Bagi menambah tahap keselamatan, peranti ini turut dilengkapi sistem AI Particle Detection yang memantau kewujudan habuk atau partikel asing secara masa nyata dan memberi amaran kepada pengguna jika dikesan.
Ketahanan gentian gred aeroangkasa
Dari segi binaan fizikal, Magic V5 diperbuat daripada gentian gred aeroangkasa yang terdiri daripada tujuh lapisan bahan berteknologi tinggi. Ia sama seperti bahan yang digunakan dalam tali penggantung sut angkasawan, payung terjun kapal angkasa SpaceX, dan jaket kalis peluru polis elit.
Gabungan ini meningkatkan daya tahan impak sebanyak 40 kali ganda tanpa menjejaskan berat peranti. Bahagian engsel pula dibina daripada super steel berketumpatan tinggi yang diuji sehingga 500,000 kali lipatan iaitu bersamaan penggunaan lebih 13 tahun jika dilipat sebanyak 100 kali sehari.
Tambahan lagi, telefon ini disahkan kalis debu dan air dengan penarafan IP58 dan IP59. Ia mampu bertahan selama 30 minit dalam air sedalam 1.5 meter dan menahan semburan air bertekanan tinggi serta suhu tinggi dari semua arah. Perlindungan ini menjadikan Magic V5 benar-benar tahan lasak dalam pelbagai situasi harian.
Prestasi hebat untuk gaya hidup moden
Dari segi prestasi dalaman, HONOR Magic V5 turut dilengkapi spesifikasi flagship seperti:
- cip Snapdragon 8 Elite
- Sistem penyejukan berasaskan vapor chamber dan graphene bersaiz besar (19,000mm²)
- Bateri silicon-carbon berkapasiti 5820mAh yang ultra-nipis.
- Pengecasan pantas 66W (berwayar) dan 50W (wayarles), mampu mencapai 50% dalam masa hanya 16 minit, dan penuh dalam 43 minit.
Pendek kata, prestasi dan ketahanan baterinya direka untuk penggunaan sepanjang hari walaupun di bawah beban berat seperti bermain game atau suntingan video.
Tidak ketinggalan, Magic V5 membawakan sistem kamera paling mantap dalam kategori telefon boleh lipat – gabungan kamera utama 50MP, ultra-lebar 50MP dan telefoto periskop 64MP yang menyokong zum hibrid sehingga 100 kali.
Sistem penstabilan imej dwi-OIS menjadikan tangkapan gambar dan video kekal stabil walaupun dalam keadaan bergerak.
Secara keseluruhannya, HONOR Magic V5 bukan sekadar sebuah telefon pintar boleh lipat dengan rekaan bergaya, tetapi sebuah peranti berprestasi tinggi yang ditawarkan bersama pelan perlindungan terbaik dalam industri.
Ia dicipta bukan sahaja untuk gaya hidup moden, tetapi juga untuk ketahanan jangka panjang dan ketenangan fikiran pengguna.