Video kekecohan sukan Perkep kes lama - Polis

Iklan
Tangkap layar tular video Hari Sukan Perkep bertukar kecoh.

SEGAMAT – Polis mengesahkan bahawa insiden kekecohan melibatkan sekumpulan wanita yang mengenakan jersi bertulis 'Perkep' iaitu Persatuan Keluarga Polis, yang tular di media sosial merupakan kejadian yang berlaku pada Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya mengesan dan mengambil maklum mengenai video yang dimuat naik di media sosial dengan tajuk “Hari Sukan Perkep Bertukar Kecoh”.

Iklan
Iklan

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 24 Mei lalu semasa Kejohanan Bola Jaring sempena Karnival Sukan Bangsa Johor 2025 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah yang diadakan di Dewan Terbuka Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, insiden tersebut tercetus susulan provokasi akibat rasa tidak puas hati berhubung pelanggaran syarat perlawanan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Iklan

“Bagaimanapun, kejadian tersebut berjaya dileraikan dan kedua-dua pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” jelasnya.

Tambahnya, pihak-pihak yang terlibat turut dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk dirakam keterangan.

Iklan

“Pada 29 Mei, polis menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden tersebut dan mereka kekal dengan keputusan untuk tidak memanjangkan isu berkenaan kerana ia telah diselesaikan dengan baik,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terus menyebarkan atau mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat mengenai kejadian tersebut.