Kekurangan tenaga kerja, sukarelawan ditempatkan di HSA - Exco
Iklan
Sukarelawan Southern Volunteers ditempatkan di HSA bagi membantu kelancaran operasi harian hospital yang kini berdepan kekurangan tenaga kerja.
JOHOR BAHRU – Seramai 300 sukarelawan Southern Volunteers ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi membantu kelancaran operasi harian hospital yang kini berdepan cabaran kekurangan tenaga kerja.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, penugasan itu merupakan inisiatif jangka pendek susulan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta perbincangan bersama pelbagai pihak bagi menangani isu beban kerja tinggi dalam kalangan petugas kesihatan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sukarelawan Southern Volunteers kini bertugas membantu urusan bukan perubatan seperti proses pendaftaran, pengurusan dokumentasi dan membantu pergerakan pesakit di fasiliti berkenaan.
“Langkah ini merupakan penyelesaian sementara. Dalam masa sama, kerajaan negeri bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas.
Iklan
Tian Soon (tengah) dan Mohd Hairi (tiga kanan) selepas melawat HSA bagi melihat penugasan sukarelawan SV.
"Ia bertujuan merangka penyelesaian jangka sederhana dan panjang bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja di hospital kerajaan,” katanya selepas melawat HSA bagi melihat penugasan sukarelawan SV.
Iklan
Dalam pada itu, Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, sukarelawan SV ditempatkan secara berfasa bermula dengan 100 sukarelawan di lokasi-lokasi kritikal di HSA pada bulan ini.
Katanya, tambahan 100 sukarelawan pada Fasa 2 (Ogos) dan Fasa 3 (September) akan membolehkan mereka bertugas secara bergilir mengikut syif.
"Pelaksanaan inisiatif SV Healthcare ini mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai tindakan segera terhadap isu kekurangan kakitangan sokongan di HSA.
"Dengan penglibatan ahli SV sebagai sukarelawan pembantu hospital, ia membantu melancarkan pelbagai proses menguruskan orang awam seperti menghantar pesakit ke lokasi diperlukan, sekali gus mengurangkan beban kerja kakitangan hospital sedia ada," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.