Malaysia, Turkiye perkukuh kerjasama perjuang hak Palestin
Iklan
Anwar menghubungi Presiden Turkiye pada petang Khamis bagi bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan pada petang Khamis bagi bertukar pandangan serta membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.
Menurut Anwar, perbualan tersebut turut menjadi ruang untuk beliau menyampaikan penghargaan terhadap ketegasan dan konsistensi Turkiye dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Iklan
Iklan
“Saya menyatakan penghargaan atas pendirian konsisten dan tegas Presiden Erdoğan dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin serta seruan beliau kepada gencatan senjata segera di Gaza.
“Malaysia menyokong penuh usaha murni Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian yang adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin,” katanya menerusi Facebook rasmi beliau pada Khamis.
Iklan
Jelas Anwar, Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat serta memperkukuh solidariti umat Islam menerusi tindakan diplomatik, bantuan kemanusiaan dan penyelesaian konflik secara aman.
Hubungan erat Malaysia-Turkiye dilihat semakin kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan seperti krisis di Gaza yang semakin meruncing sejak Oktober lalu.
Iklan
Anwar sebelum ini turut mengangkat suara Malaysia di pentas antarabangsa, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bagi mendesak gencatan senjata serta pembukaan laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kedua-dua negara juga menjalin kerjasama strategik dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, teknologi pertahanan, pendidikan dan kebudayaan, sejajar dengan aspirasi memperkukuh hubungan dua hala yang berasaskan prinsip keadilan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka"><meta itemprop="description" content="Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di Jakarta pada Jumaat
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796852/berita/nasional/keputusan-lembaga-pengampunan-ahmad-zahid-harap-beri-nilai-tambah-kepada-prn-melaka
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-18T09:28:58.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb9g9iq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb9g9iq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb9g9iq"></script>