[VIDEO] Keputusan Lembaga Pengampunan: Ahmad Zahid harap beri nilai tambah kepada PRN Melaka

Iklan

JAKARTA - Keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah diharap memberi nilai tambah kepada landskap politik negara khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya harap begitu menjadi faktor kepada geopolitik landskap politik di negara kita insya-Allah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak Halal 20 (H20) Ke-5 di sini pada Jumaat

Iklan
Iklan

Media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Ahmad Zahid berkata, UMNO sedang membuat persiapan bagi menghadapi PRN Melaka termasuk memberi mandat kepada Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik.

Iklan

“Saya menyerahkan mandat kepada Datuk Seri Ab Rauf mengadakan perbincangan dengan mana-mana gabungan parti politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata, keputusan rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terletak pada Yang di-Pertua Negeri Melaka, manakala Speaker DUN akan memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran berkenaan.

Iklan

“Kita serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh mereka mengadakan mesyuarat dan juga menetapkan tarikh untuk penambahan calon, pengundi awal dan juga hari pengundian,” ujarnya.

Ditanya tentang kemungkinan muka baharu diketengahkan sebagai calon, beliau menjelaskan belum ada perbincangan berhubung perkara itu, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berprestasi baik seboleh-bolehnya dikekalkan selain muka baharu turut diberi peluang.

“Pergerakan Wanita dan Puteri menuntut agar mereka juga diberi peluang dan selama ini pun memang kita ada ADUN-ADUN wanita di Negeri Melaka.

“Saya fikir nama-nama calon-calon itu akan dikemukakan oleh Datuk Rauf dan saya akan teliti calon-calon itu berdasarkan pada laporan-laporan yang saya terima daripada pelbagai pihak untuk menentukan kebolehmenangan.

“Kita mempunyai prinsip WALI, winnable, acceptable and likeable candidate, supaya kebolehmenangan itu memihak kepada gelombang biru yang sedang melanda di seluruh negara yang bermula di Johor dan Negeri Sembilan,” katanya.