ISKANDAR PUTERI - Dua buah lori tangki membawa bahan kimia jenis Propilena Glikol terlibat dalam kemalangan di Kilometer 8, Lebuhraya Utara Selatan di jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) pada Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I Nurmala Sideli berkata, seramai tujuh angggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang.
Iklan
Iklan
“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua buah lori tangki membawa muatan bahan kimia Propilena Glikol.
“Salah satu tangki terjatuh ke dalam laut dari atas Jambatan Linkedua,” katanya dalam kenyataan.
Nurmala berkata, setakat ini insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerja-kerja operasi sedang dijalankan.
Propilena glikol ialah cecair likat, tidak berwarna, hampir tidak mempunyai bau selain mempunyai rasa yang agak manis.
Bahan kimia jenis ini digunakan dalam berbagai aplikasi, termasuk produk perawatan tubuh (skincare), makanan dan industri lain.