Anak nelayan komersialkan ternakan belangkas

Iklan
Muhamad Khadi meneruskan usaha dilakukan ayahnya dalam penternakan belangkas di Sedili Kecil, Kota Tinggi.

SEBUT sahaja daerah Kota Tinggi, pasti ramai yang terbayang keenakan hidangan laut eksotik popular iaitu belangkas mahkota.

Sajian sambal pedas telur belangkas bukan sahaja mendapat tempat di hati penduduk tempatan, malah menjadi tarikan pelancong dari luar termasuk dari Singapura.

Iklan
Iklan

Melihat kepada permintaan tinggi terhadap belangkas, sebuah Pusat Penetasan dan Ternakan di Sedili Kecil mengambil inisiatif bukan sahaja menternak tetapi menetaskan belangkas sebelum dilepaskan semula ke laut.

Mohamad Khadi Redzuan Ahmad, 21 kini giat meneruskan perusahaan bapanya, Ahmad Mustafa, 58 menetas dan menternak belangkas yang sudah dimulakan sejak 30 tahun lalu.

Iklan

Jelas beliau, usaha dilakukan ayahnya yang juga seorang nelayan itu, kini menjadi sumber pendapatan utama keluarga.

“Selain pasaran tempatan, belangkas dari Sedili Kecil turut dieksport ke Thailand sekali gus menjadikan negara tersebut sebagai pelanggan utama haiwan berkenaan.

Iklan

“Permintaan dari Thailand cukup tinggi. Dianggarkan hampir 48,000 belangkas dieksport ke negara berkenaan, setiap tahun.

Belangkas mendapat permintaan tinggi peminat makanan laut.

“Belangkas yang dieksport diperoleh daripada hasil tangkapan nelayan tempatan serta yang diternak dan ditetaskan di pusat penetasan tersebut,” katanya baru-baru ini.

Mohamad Khadi memberitahu, usaha pemuliharaan belangkas turut dilakukan di pusat berkenaan dengan melepaskan kembali anak belangkas ke laut setelah mencapai usia tertentu.

Menurutnya, pusat penetasan berkenaan mempunyai 10 kolam ternakan yang dijaga dengan penuh rapi.

Pusat Penetasan dan Ternakan di Sedili Kecil mengambil inisiatif bukan sahaja menternak tetapi menetaskan belangkas sebelum dilepaskan semula ke laut.

“Kolam menggunakan air laut yang dipam terus dari muara sungai. Belangkas ditetaskan dalam bilik khas dan akan dibesarkan selama dua tahun sebelum dilepaskan ke laut bagi tujuan pemuliharaan.

“Telur-telur diambil daripada induk betina yang dibela dan proses penetasan dilakukan secara teliti bagi memastikan kadar hidup tinggi.

“Dalam tempoh dua tahun itu, kami jaga semua aspek termasuk suhu, makanan dan kebersihan air. Makanan tak boleh terlalu banyak atau sikit, semua perlu seimbang,” jelasnya.

Dianggarkan antara 60,000 hingga 80,000 ekor anak belangkas dilepaskan ke laut setiap tahun selepas mencapai usia satu hingga dua tahun.

Dalam pada itu, Mohamad Khadi berkata memandangkan kawasan Sedili Kecil dikenali sebagai pusat ternakan belangkas, ramai pelancong dari luar dan luar Johor datang melihat spesies hidupan laut itu.

“Kami merancang untuk membuka restoran memandangkan semakin ramai pelancong yang datang ke Sedili Kecil. Pelancong kerap bertanya sama ada kami ada menyediakan hidangan atau masakan secara terus.

“Permintaan yang meningkat ini menjadi dorongan untuk kami menyediakan tempat makan yang lebih selesa dan berkonsepkan sajian kampung,” katanya.