India perkukuh kerjasama ekonomi digital, semikonduktor dengan Malaysia
Iklan
Modi ketika berucap sebelum memulakan mesyuarat empat mata bersama Anwar di Komplek Sri Perdana, hari ini. - Foto: Bernama
INDIA akan mengukuhkan lagi kerjasamanya dengan Malaysia terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan semikonduktor, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kerjasama merentasi beberapa sektor strategik telah mendapat momentum yang kukuh.
Iklan
Iklan
"Rakan saya, Anwar telah memainkan peranan penting dalam hal ini. Kerjasama kita dalam tenaga, infrastruktur dan pembuatan telah kukuh, manakala kerjasama dalam ekonomi digital, bioteknologi dan teknologi maklumat telah memacu pelaburan bersama yang lebih tinggi,” kata Modi pada sidang akhbar bersama dengan Anwar di sini hari ini.
Beliau kini dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari 7 Februari hingga hari ini sebagai kunjungan balas kepada lawatan rasmi Anwar ke India pada Ogos, 2024.
Iklan
Modi berkata, pelancongan dan pertukaran rakyat dengan rakyat juga terus diperkukuh dan kedua-dua pihak kini bersetuju untuk meningkatkan lagi kerjasama mereka.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka berkembang melebihi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas.
Iklan
Eksport Malaysia berjumlah RM52.3 bilion (AS$12.24 bilion) dan import berjumlah RM27.19 bilion (AS$6.35 bilion) pada 2025 dengan item eksport utama terdiri daripada minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit serta produk elektrik dan elektronik, manakala import, kebanyakannya terdiri daripada produk pertanian, petroleum dan kimia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>