Ketua Polis Negeri Sembilan bantu mangsa kemalangan

Iklan
Ahmad Dzaffir menenangkan salah seorang mangsa kemalangan membabitkan empat kereta serta sebuah motosikal. Foto: FB Polis Negeri Sembilan

SEREMBAN - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof menunjukkan keprihatinan tinggi apabila bertindak memberhentikan kenderaan bagi membantu mangsa kemalangan di Kilometer 259.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di Facebook Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir ketika itu dalam perjalanan dari Tampin menuju ke Port Dickson bagi menghadiri Program Pemukiman Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

“Sebaik menyedari kemalangan berlaku, beliau mengarahkan pemandunya berhenti dan turun bagi membantu mangsa.

“Kemalangan melibatkan empat kemderaan dan sebuah motosikal. Seorang penunggang motosikal dan seorang penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital dengan ambulans,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Ujar kenyataan itu, keprihatinan ditunjukkan itu mencerminkan bahawa tugas polis bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang tetapi turut melibatkan nilai kemanusiaan dan belas ihsan terhadap masyarakat yang memerlukan.

Ia sekali gus membuktikan semangat ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ yang sentiasa dipegang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), tambahnya lagi.

Iklan