MOTAC keluarkan 13 notis pelbagai kesalahan dalam 22 operasi seluruh negara

Iklan

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengeluarkan 13 notis atas pelbagai kesalahan dalam 22 operasi di beberapa lokasi utama seluruh negara bagi memperkukuh penguatkuasaan terhadap aktiviti pelancongan tanpa lesen sah di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, menerusi operasi tersebut sebanyak 180 kenderaan, 30 syarikat pelancongan, empat premis penginapan serta 33 pemandu pelancong diperiksa.

Iklan
Iklan

"Untuk dua minggu pertama bulan Julai 2025, sebanyak 22 operasi telah dilaksanakan oleh pegawai penguat kuasa MOTAC di beberapa lokasi utama seluruh negara.

"Ini termasuk pemeriksaan terhadap entiti yang disyaki menjalankan perniagaan pelancongan tanpa lesen sah dalam satu operasi yang dijalankan di Perak hasil maklumat awam.

Iklan

"Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya di bawah Akta 482," katanya pada Sabtu.

Tambahnya, MOTAC akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memastikan pematuhan undang-undang pelancongan.

Iklan

MOTAC turut mengingatkan mana-mana individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan meliputi pengangkutan, penginapan atau penganjuran pelancongan secara fizikal atau dalam talian supaya memohon lesen dengan segera di pejabat MOTAC negeri berdekatan sebelum tindakan perundangan yang tegas diambil.

"Kerjasama orang ramai dan pemain industri turut dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang aktiviti pelancongan yang disyaki melanggar peraturan melalui saluran Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di https://motac.spab.gov.my/eApps/system/index.do).

"MOTAC komited memastikan hanya penggiat industri pelancongan yang berlesen secara sah beroperasi demi kesejahteraan pelancong dan industri yang mampan dan inklusif berteraskan nilaiMadani.