EAIC dedah kelemahan JAS Johor kuat kuasa premis kitar semula
Iklan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendedahkan wujud kelemahan dalam tindakan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor terhadap premis kitar semula di Kawasan Perindustrian Segamat.
Pendedahan itu hasil siasatan EAIC susulan aduan mengenai dakwaan kegagalan JAS Johor mengambil tindakan terhadap sebuah premis kitar semula yang beroperasi tanpa lesen sah.
Iklan
Iklan
EAIC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] selepas menerima aduan berkaitan perkara itu.
"Hasil siasatan mendapati semua premis yang diadukan memiliki lesen sah untuk beroperasi.
Iklan
"Namun, beberapa kelemahan dikenal pasti dalam pelaksanaan penguatkuasaan oleh JAS Johor walaupun undang-undang dan prosedur sedia ada telah ditetapkan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Menurut EAIC, terdapat beberapa kelemahan dikesan susulan siasatan dijalankan pihaknya.
Iklan
"Antara kelemahan yang dikesan ialah keberkesanan hukuman yang rendah hingga gagal mencegah kesalahan berulang.
"Selain itu turut didapati kelemahan melibatkan ketidakseragaman pelaksanaan garis panduan penguatkuasaan di peringkat negeri dan daerah serta kelewatan melaksanakan garis panduan kompaun yang telah dipinda," katanya.
Jelasnya, bagi mengatasi isu itu, EAIC mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan termasuk meningkatkan kadar hukuman bagi kesalahan berulang.
"Selain itu cadangan turut melibatkan pihak JAS Johor untuk memperjelaskan dan menyeragamkan garis panduan penguatkuasaan di semua peringkat serta melaksanakan segera garis panduan kompaun yang telah dipinda.
"EAIC turut mengesyorkan agar tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas diambil oleh JAS terhadap premis-premis yang melanggar undang-undang alam sekitar," katanya.
Tambahnya, penekanan perlu diberikan terhadap kesalahan berulang supaya tiada kelonggaran berlaku dalam penguatkuasaan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.