Polis guna ChatGPT jejak pemandu langgar lari

Iklan
Aplikasi ChatGPT didakwa dapat membantu semua aspek pemberian maklumat dalam kehidupan manusia. Foto AFP

UDON THANI, THAILAND – Polis di wilayah Udon Thani menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), ChatGPT bagi membantu menjejaki pemandu kes langgar lari yang mengorbankan dua nyawa pada 6 Julai lalu.

Menurut laporan Bangkok Post, suspek melarikan diri sejurus selepas kemalangan maut itu berlaku.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, pihak berkuasa menemui satu bahagian kecil kenderaan yang dipercayai milik suspek di lokasi kejadian.

Selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis turut menggunakan ChatGPT untuk menganalisis gambar bahagian auto tersebut dan meminta bantuan AI mengenal pasti model kenderaan Toyota yang terlibat.

Iklan

Dalam tempoh kurang tiga saat, ChatGPT berjaya mengenal pasti komponen berkenaan sebagai “pengukuh atas bampar hadapan” dengan nombor siri 52113-0K140.

AI turut menyatakan bahawa bahagian itu milik model Toyota Hilux Vigo Champ.

Iklan

Berdasarkan maklumat itu dan rakaman CCTV, polis akhirnya berjaya mengenal pasti dan menahan pemandu terbabit.

Kejayaan tersebut dikongsikan salah seorang pegawai penyiasat kes menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai, yang kemudiannya tular dengan lebih 2,000 perkongsian ketika itu.

Rata-rata warganet memuji usaha pihak berkuasa yang kreatif menggunakan teknologi AI dalam siasatan jenayah. - Agensi