Sindiket seludup besi: SPRM sita aset lebih RM183 juta, beku akaun RM51 juta

Iklan
Pasukan Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) SPRM ketika melakukan serbuan dalam operasi khas ‘Ops Metal’ di tempat penyimpanan dan pemprosesan besi buruk di Jalan Bukit Minyak. Foto Bernama

 

 

Iklan
Iklan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai lebih RM183 juta menerusi serbuan sindiket penyeludupan besi di lima negeri bermula Isnin.

Op Metal itu dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM secara bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Iklan

Sebanyak 45 akaun syarikat dan 82 akaun perbankan milik individu melibatkan nilai kira-kira RM51 juta telah dibekukan.

Menurut sumber, aset yang disita itu melibatkan lapan hartanah di Pulau Pinang iaitu tiga unit banglo di Batu Maung, satu unit Penthouse di Tanjung Tokong, satu unit lot kedai di Bayan Lepas selain 31 ekar tanah di Nibong Tebal, 7.1 ekar tanah di Batu Uban, 5.6 ekar tanah di Juru dan lebih 1,960 ekar tanah ladang sawit di Kuala Krai, Kelantan.

Iklan

Azam Baki

"SPRM juga turut menyita enam unit kenderaan mewah yang terdiri daripada model Porsche Cayenne, Range Rover, BMW, Volvo, Toyota Land Cruiser dan Toyota Alphard yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM1.9 juta.

"Sitaan juga melibatkan lima unit jam tangan berjenama Patek Phillippe, Tag Tag Heuer, Rolex, Omega Speedmaster dan Omega Seamaster dianggarkan bernilai lebih RM740,000," katanya.

Pasukan Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) SPRM ketika melakukan serbuan dalam operasi khas ‘Ops Metal’ di tempat penyimpanan dan pemprosesan besi buruk di Jalan Bukit Minyak. Foto Bernama

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai pembekuan akaun-akaun perbankan berkenaan serta sitaan melibatkan hartanah, kenderaan mewah serta jam tangan terbabit.

Katanya, susulan operasi pada Isnin, SPRM membuat penggeledahan di 13 lokasi baharu di Pulau Pinang, Kedah, Johor dan sekitar Lembah Klang pada Selasa.

"SPRM kini sedang mengenal pasti pihak-pihak yang bersekongkol dengan sindiket ini yang menyeludup keluar besi serta bahan buangan sampah elektronik (e-waste) melalui Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kerajaan kerugian hasil cukai dianggarkan berjumlah lebih RM950 juta sejak enam tahun lalu.

"Fokus siasatan adalah menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009 selain penyiasatan turut menganalisis dan mengenal pasti elemen-elemen kesalahan jenayah lain di bawah kesalahan aktiviti pengubahan wang haram termasuk siasatan kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Akta Kastam 1967 oleh agensi-agensi lain yang terlibat alam operasi ini," katanya.