HRD Corp anjur Persidangan Pasaran Latihan ASEAN, perkasa ekosistem serantau

Iklan
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman (tengah) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusof (dua dari kiri) dan Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid (dua dari kanan) bergambar selepas merasmikan Persidangan Pasaran Latihan ASEAN (ATMC) pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menganjurkan Persidangan Pasaran Latihan ASEAN (ATMC) sebagai usaha bersepadu untuk memperkasa ekosistem bekalan latihan serantau bagi menghadapi cabaran ekonomi dan teknologi masa kini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, khususnya kepada keperluan meningkatkan kemahiran (upskilling) dan kemahiran semula (reskilling) tenaga kerja di rantau ini terutamanya Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini kerana upskilling dan reskilling dilihat mampu menangani isu ketidakpadanan pekerjaan.

"Kalau kita tidak menganjurkan program sebegini kita akan tertinggal. Ertinya, kita sekarang sedang berubah kearah menjadi negara maju.

Iklan

“Apabila saya menyebut AI, inilah perubahan yang sangat ketara di dunia pada hari ini dan sudah pasti Malaysia tidak mahu ketinggalan.

"Menerusi kemahiran dalam pasaran latihan ini, kita ingin tangani isu 'mismatch' kerja bukan sahaja di Malaysia malah dalam konteks ASEAN," katanya selepas merasmikan ATMC di sini pada Selasa.

Iklan

ATMC yang bertemakan 'Empowering ASEAN' s Training Supply: Bridging Skill Gap, Innovation and Collaboration for a Future -Ready Economy itu menghimpunkan lebih 500 peserta tempatan dan antarabangsa.

Antara tumpuan utama yang diketengahkan termasuk perluasan penggunaan platform digital, alat pembelajaran berasaskan AI, serta kaedah penyampaian hibrid.

Tambah beliau, perkembangan teknologi AI dan pendigitalan bukanlah ancaman kepada pasaran kerja, sebaliknya memberi permintaan lebih tinggi terhadap pekerja berkemahiran digital.

"Ramai yang tanya saya di Parlimen dan menyatakan apabila kita terlibat dengan dunia digital sekarang, AI umpamanya maka peluang pekerjaan akan menjadi kurang. Sebenarnya silap, peluang pekerjaan akan bertambah

"Jika dahulu banyak kerja dilakukan secara manual dan menggunakan kertas, kini semuanya beralih kepada sistem digital.

"Maka, kita perlu melatih semula pekerja agar mereka dapat menguasai teknologi digital ini.

“Dalam proses tersebut, kita juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dalam ucapannya memberitahu, ATMC bukan sahaja bertujuan memperkukuh pembekalan latihan di Malaysia, tetapi juga untuk membina ekosistem serantau yang saling menyokong pertumbuhan ASEAN.

Beliai berkata, pihaknya berasa bangga dapat menampilkan pelbagai inovasi serantau dan perkongsian rentas negara dalam program tersebut.

"Kerjasama dan jalinan yang terbentuk di sini akan memastikan tenaga kerja kita kekal berdaya saing, mudah menyesuaikan diri dan berdaya tahan dalam menghadapi perubahan global.

"Bersama-sama, kita mampu meningkatkan kualiti dan capaian pasaran latihan untuk memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi kita," jelasnya.