Masjid Sembilang nafi jadi penganjur program wacana ilmu bersama Wan Ji

Iklan
Kenyataan yang dikeluarkan Masjid Sembilang mengenai isu kuliah Maghrib Dr Wanji.

SEBERANG JAYA - Program wacana ilmu yang menampilkan penceramah bebas, Dr Wan Ji Wan Hussin di Masjid Sembilang di sini bukan dianjurkan oleh pengurusan masjid berkenaan.

Pengurusan Masjid Sembilang dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya hanya menyediakan tempat bagi program tersebut atas permintaan daripada Biro Penerangan dan Penerangan Agama (BIPPA) Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman semua pihak, Masjid Sembilang bukanlah penganjur program wacana ilmu bersama Ustaz Dr Wan Ji.

"Kami hanya menyediakan tempat apabila diminta oleh BIPPA/Biro Agama Cabang Keadilan Permatang Pauh," menurut kenyataan berkenaan pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, pihak masjid juga memaklumkan bahawa mereka telah mengingatkan pihak penganjur mengenai keperluan mendapatkan tauliah ceramah, selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai Wan Ji dakwa dihalang sampaikan kuliah Maghrib di Masjid Sembilang

Iklan

"Kami telah memaklumkan kepada pihak berkenaan berkaitan dengan tauliah.

"Akan tetapi pihak berkenaan mengatakan akan menguruskan perihal tauliah khas dengan pihak JHEAIPP," katanya lagi.

Menurut pengurusan masjid, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Dr Wan Ji juga tidak mempunyai kaitan dengan pihak mereka memandangkan mereka bukan pihak penganjur.

"Masjid Sembilang turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan JHEAIPP dalam memperkasa dakwah dan pentadbiran masjid di negeri ini.

"Kami sentiasa menyokong hasrat MAINPP dan JHEAIPP dalam memartabatkan gerak kerja dakwah dan pentadbiran masjid dalam negeri Pulau Pinang dengan cuba mematuhi sebaik mungkin arahan dari masa ke semasa," tambahnya.