Di mana Nur Aliesya, hilang sejak Khamis

Iklan
Nur Aliesya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Alam Perdana, Puncak Alam sejak Khamis dan masih belum ditemui hingga kini.

SUNGAI BULOH – [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Alam Perdana, Puncak Alam sejak Khamis dan masih belum ditemui hingga kini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan mengenai kehilangan Nur Aliesya Haziera Wan Mohd Saharudin, 13, dibuat oleh ibunya pada 11 Julai lalu kira-kira jam 1.07 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, remaja terbabit kali terakhir dilihat meninggalkan rumah mereka di Jalan Ritma Perdana 1/8, pada 10 Julai sekitar jam 6.15 petang.

"Sehingga kini, mangsa masih belum pulang dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan mangsa diminta tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, Nur Aliesya Haziera mempunyai ketinggian kira-kira 156 sentimeter, berat anggaran 42 kilogram, berambut hitam lurus paras bahu, berbadan kurus dan bermata hitam.

Iklan

"Pakaian terakhir yang dipakai mangsa tidak dapat dipastikan pihak keluarga.

"Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262," katanya.