Majlis Raja-Raja Melayu disaran tolak pencalonan hakim berdepan isu integriti - Peguam
Iklan
Haniff Khatri menggesa Majlis Raja-Raja menolak pencalonan hakim kanan terpalit dakwaan campur tangan kehakiman.
SHAH ALAM – Majlis Raja-Raja Melayu digesa menolak sebarang pencalonan melibatkan seorang hakim kanan yang dikaitkan dengan dakwaan campur tangan kehakiman, sekiranya nama individu itu disenaraikan sebagai calon mengisi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara.
Gesaan itu disuarakan peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang menegaskan bahawa isu integriti perlu diberi keutamaan sebelum sebarang pelantikan dibuat bagi menjamin maruah dan kewibawaan institusi kehakiman.
Iklan
Iklan
Beliau menekankan, Majlis Raja-Raja selaku pihak berperlembagaan yang berkuasa memberi perkenan sewajarnya menggunakan budi bicara untuk menolak pencalonan tersebut jika terdapat sebarang keraguan terhadap kelakuan calon berkenaan.
“Apabila integriti mana-mana hakim masih belum diputuskan ekoran wujud prosiding penghinaan mahkamah dan siasatan oleh pihak berkuasa, maka adalah tidak wajar beliau dipertimbangkan bagi sebarang jawatan tertinggi buat masa ini.
Iklan
“Jika kemudian hari beliau berjaya membatalkan permohonan penghinaan mahkamah dan bebas daripada sebarang siasatan polis, maka ketika itu bolehlah dipertimbang semula. Tetapi bukan sekarang,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di saluran YouTube beliau pada malam Jumaat.
Haniff turut menegaskan bahawa sebarang kelulusan terhadap calon sedemikian akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap badan kehakiman negara dan membuka ruang kepada krisis keyakinan awam.
Iklan
“Bukankah satu tamparan hebat kepada sistem kehakiman sekiranya seorang hakim kanan apatah lagi yang memegang jawatan tertinggi kelak didapati melakukan kesalahan jenayah atau menghina mahkamah?
“Ini bukan sekadar isu konflik kepentingan pihak eksekutif, tetapi lebih mendalam daripada itu. Ini soal integriti calon yang dicadangkan,” tambah beliau lagi.
Untuk rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 akan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai ini.
Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Isu ini timbul susulan laporan polis yang difailkan oleh pegawai kepada seorang hakim kanan selepas beliau dihubungi wartawan portal Malaysiakini pada 12 Jun lalu bagi mendapatkan reaksi terhadap dakwaan campur tangan kehakiman yang timbul dalam satu mesyuarat JAC.
Laporan tersebut kemudiannya bocor dan tersebar dalam kalangan komuniti guaman serta media sosial.
Perkara itu sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang kini berusaha mendapatkan minit mesyuarat JAC untuk menilai kesahihan tuduhan.
Sekretariat Pertahan Kehakiman turut menyuarakan kebimbangan dan menggesa agar hakim terbabit menarik diri daripada mendengar sebarang kes sementara siasatan dijalankan.
Bekas Timbalan Menteri Undang-Undang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menyokong gesaan agar siasatan bebas, menyeluruh dan telus dilakukan, selaras dengan prinsip keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran kehakiman negara.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.