Suami isteri dihadap ke mahkamah kes bunuh

Iklan
Pertuduhan terhadap kedua-duanya dibacakan secara dalam talian melalui sidang Zoom.

LAHAD DATU - Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan berasingan susulan kes bunuh yang berlaku di Kampung Ulu Segangan, Silabukan.

Tertuduh, Leveboy Andagan, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala isterinya, Rebecca Saga, 29, dituduh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Iklan
Iklan

Pertuduhan terhadap kedua-duanya dibacakan secara dalam talian melalui sidang Zoom pada jam 11.30 pagi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes bagi pertuduhan di bawah Akta Imigresen pada Isnin depan, manakala 3 September ditetapkan bagi kes bunuh sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Sitti Zubaeda M Kasim, manakala prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pasangan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan melibatkan rakan sekerja mereka yang ditemui mati di sebuah rumah di kawasan kebun kelapa sawit pada 28 Jun lalu.

Iklan