Bukit Bintang disinari 'kilauan emas' kentang goreng McDonald’s

Iklan
Sambutan kali ini turut meneruskan legasi kreativiti McDonald’s Malaysia dalam memperingati Hari Kentang Goreng Sedunia. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - McDonald’s Malaysia meraikan Hari Kentang Goreng Sedunia tahun ini dengan penuh gilang-gemilang menerusi pengambilalihan skrin Digital Luar Rumah (DOOH) secara besar-besaran di Bukit Bintang malam tadi.

Kawasan Segi Tiga Emas tersebut diterangi pancaran keemasan apabila semua paparan DOOH utama memaparkan visual kentang goreng ikonik McDonald’s secara serentak.

Iklan
Iklan

Paparan visual bersepadu itu menarik perhatian orang ramai yang berhimpun untuk menyaksikan sambutan unik berkenaan, bukan sekadar oleh peminat makanan segera, malah oleh pencinta pemasaran visual moden.

Kemuncak acara berlangsung apabila semua skrin DOOH sekeliling diselaraskan kepada papan utama di atas restoran McDonald’s Bukit Bintang, sekali gus menandakan pelancaran rasmi Fan Fries Meal hidangan McValue Meal edisi terhad sempena sambutan tersebut.

Iklan

Kawasan Segi Tiga emas di Bukit Bintang diterangi pancaran keemasan apabila semua paparan DOOH utama memaparkan visual kentang goreng ikonik McDonald’s secara serentak. Foto SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Menu istimewa ini diperkenalkan bagi meraikan kecintaan mendalam rakyat Malaysia terhadap kentang goreng McDonald’s, membolehkan penggemar makanan itu menikmatinya sebagai sajian utama buat julung kalinya melalui pelancaran Kentang Goreng XXL, lengkap bersama minuman menyegarkan dan hidangan sampingan.

Iklan

Sebagai salah satu produk paling digemari dalam rangkaian McDonald’s, kentang goreng sering menjadi simbol ‘comfort food’ kepada rakyat Malaysia.

Maka tidak hairanlah apabila Fan Fries Meal diperkenalkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan kentang goreng dalam membentuk pengalaman makanan McDonald’s yang unik.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee, pengenalan Fan Fries Meal merupakan penghargaan istimewa kepada para pelanggan setia mereka.

“Kami tahu rakyat Malaysia amat menyukai kentang goreng kami, memang tidak pernah cukup! Itulah yang mengilhamkan Fan Fries Meal.

"Sama ada dinikmati bersama rakan mahupun keluarga, ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih dan meraikan detik kegembiraan bersama,” ujarnya.

Beliau turut menambah bahawa Fan Fries Meal adalah bukti bagaimana McDonald’s sentiasa peka terhadap citarasa dan keinginan pengguna, serta berusaha untuk menawarkan produk yang mampu mencetuskan keterujaan di luar kebiasaan.

Sambutan kali ini turut meneruskan legasi kreativiti McDonald’s Malaysia dalam memperingati Hari Kentang Goreng Sedunia.

Pada tahun 2022, jenama itu menjalin kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkenalkan Lintasan Kentang Goreng McDonald’s di persimpangan terkenal Bukit Bintang, menjadikan elemen makanan sebagai sebahagian daripada landskap bandar.

Setahun selepas itu, McDonald’s Malaysia melakar sejarah menerusi kempen Icon Meets Icon dengan memancarkan visual kentang goreng tertinggi di Malaysia pada Menara Kuala Lumpur, menggabungkan dua ikon budaya dalam satu paparan visual yang mengagumkan.

Kedua-dua kempen terdahulu membuktikan bahawa McDonald’s bukan sekadar pemain industri makanan segera, malah pelopor dalam strategi pemasaran kreatif yang menggabungkan elemen budaya, bandar dan teknologi.

Mengulas lanjut, Mei Lee berkata McDonald’s sentiasa komited untuk mencipta pengalaman bermakna buat pelanggan.

“Di McDonald’s Malaysia, kami bukan sekadar menyajikan makanan, kami mencipta detik-detik gembira yang enak untuk dinikmati bersama.

"Sama ada menerusi persembahan visual yang berani atau hidangan ringkas, kami terus berinovasi bagi menghubungkan pelanggan dengan cara yang menggembirakan,” ujarnya lagi,.

Tambah beliau, sambutan Hari Kentang Goreng Sedunia adalah antara pelbagai inisiatif McDonald’s dalam memperkukuh hubungan emosi dengan pelanggan, di samping menonjolkan nilai-nilai jenama yang mementingkan keterangkuman, keceriaan dan komuniti.

Kejayaan kempen tahun ini sekali gus membuktikan bahawa kekuatan sesebuah jenama tidak hanya bergantung kepada produk yang ditawarkan, tetapi juga kepada pengalaman yang dibina, baik secara fizikal mahupun emosional bersama pengguna.