microLEAP perkukuh Sarana seiring pertumbuhan pembiayaan P2P dalam perolehan kerajaan

Iklan
Tunku Danny Nasaifuddin

KEUPAYAAN microLEAP melaksanakan skim pembiayaan Sarana yang konsisten dan kukuh menunjukkan peningkatan tahap keyakinan dalam kalangan perniagaan serta pelabur terhadap pembiayaan rakan setara (P2P) yang dikawal selia.

microLEAP telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM295 juta merangkumi 341 nota pelaburan sepanjang tahun 2025 menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan disalurkan sejak penubuhannya sebanyak RM545 juta dengan kadar gagal bayar kekal rendah pada 0.3 peratus iaitu rekod terendah dicatatkan setakat ini.

Iklan
Iklan

Prestasi itu turut menyaksikan pertumbuhan lebih 135 peratus dari jumlah pembiayaan yang disalurkan berbanding tahun 2024, sekali gus mencerminkan penyertaan pelabur yang berterusan serta kualiti portfolio yang semakin kukuh.

microLEAP terus memperkukuh kesedaran terhadap Sarana yang direka khusus untuk menyokong kontraktor tempatan dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melaksanakan projek kerajaan Persekutuan yang dianugerahkan melalui sistem e-Perolehan.

Iklan

Secara tradisinya, kontraktor banyak bergantung kepada kemudahan perbankan dan pembiayaan faktoring bagi menampung jurang aliran tunai yang mana ia mewujudkan jurang yang berterusan antara kejayaan memperoleh projek dan akses yang pantas kepada modal kerja, terutamanya bagi kontraktor berskala kecil.

Sarana memperluaskan pilihan pembiayaan kepada kontraktor serta menyediakan laluan pembiayaan modal kerja yang lebih pantas, digital selari dengan keperluan pelaksanaan projek.

Iklan

Menerusi Sarana di microLEAP, kontraktor yang layak boleh memperoleh pembiayaan sehingga RM1.5 juta dengan tempoh sehingga 12 bulan, yang disusun untuk menyokong keperluan pembiayaan pra-invois, pasca-invois, dan berasaskan kontrak.

Program itu juga menawarkan kadar keuntungan 1.25 peratus sebulan pada tahap yang kompetitif dalam pembiayaan kontrak kerajaan.

Kekuatan Sarana terletak pada strukturnya yang mana kelayakan pembiayaan disandarkan kepada kontrak kerajaan yang disahkan, terma pembayaran yang jelas, serta dokumentasi piawai seperti Notis Serahan Hak dan Surat Ikatan Serahan Hak (Deed of Assignment).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif microLEAP, Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar berkata, peringkat pelaksanaan projek kekal sebagai titik tekanan paling kritikal bagi kebanyakan kontraktor kerajaan walaupun projek telah disahkan.

"Memenangi kontrak hanyalah permulaan, cabaran sebenar bermula apabila perniagaan perlu menggerakkan sumber, mengurus aliran tunai dan memenuhi garis masa yang ketat sementara menunggu kitaran pembayaran,” katanya.

Tambah beliau, Sarana direka untuk menangani keperluan itu secara langsung dengan menawarkan pilihan pembiayaan yang lebih pantas, praktikal, dan sejajar dengan realiti pelaksanaan projek.

"Prestasi kami membuktikan bahawa pembiayaan P2P, apabila distrukturkan secara bertanggungjawab dan ditadbir dengan disiplin, mampu menyokong perniagaan pada skala yang lebih besar sambil mengekalkan kualiti portfolio yang kukuh serta keyakinan pelabur," ujarnya.