Pemuda tak mengaku perdagang saudara sendiri

Iklan
Jackson Choh Safri (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis.

SEREMBAN - Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan memperdagangkan saudaranya sendiri bagi tujuan eksploitasi kerja sindiket penipuan, bulan lalu.

Tertuduh, Jackson Choh Safri, 24, dari Sarawak bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun untuk tujuan eksploitasi kerja dengan cara pemerdayaan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Youth City, Persiaran Pusat Bandar Nilai, Nilai pada 24 Jun lalu.

Iklan

Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Jika disabitkan, boleh dipenjara minimum 15 tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh didenda RM500,000 tetapi tidak lebih RM1 juta dan boleh dilucutkan keuntungan daripada kesalahan itu.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya,Nurul Balkis Zunaidi menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bercagar dan memohon tiga syarat tambahan.

Beliau turut memaklumkan yang mangsa merupakan pekerja dan saudara kepada tertuduh sendiri manakala tertuduh pula bertindak sebagai majikan.

Peguam, Hafez Zalkapli merayu jumlah jaminan paling rendah dengan alasan tertuduh kini sudah tidak bekerja dan menanggung seorang adik orang kurang upaya (OKU) serta seorang kakak yang tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu saksi, melapor diri di balai polis berdekatan kediaman serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula bagi serahan dokumen ditetapkan pada 14 Ogos.