Edar 114 gram methamphetamine, lelaki berdepan hukuman mati

Iklan
Gim Seong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 114 gram pada Isnin.

IPOH - Seorang lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas pertuduhan mengedar dadah berbahaya minggu lalu.

Tertuduh, Ong Gim Seong, 38, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 114 gram.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tawas Idaman 13, Taman Tawas Idaman di sini, dalam daerah Kinta, kira-kira jam 3.55 petang pada 4 Februari 2026.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama.

Iklan

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 kali.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret S Punitha, memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia sementara tertuduh tidak ditawarkan jaminan.