Usahawan Kelantan, suami dan tiga ahli keluarga sorok pil kuda dalam najis lembu tiba di mahkamah

Iklan
Pengusaha salon dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu tiba di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Khamis untuk pendakwaan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

PASIR MAS - Pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) bernilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis untuk pendakwaan.

Kelima-lima suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki trak polis.

Iklan
Iklan

Pengusaha salon dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu tiba di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Khamis untuk pendakwaan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Kesemua suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Terdahulu, puluhan ahli keluarga kelima-lima suspek turut kelihatan di pekarangan mahkamah.

Ada dalam kalangan ahli keluarga suspek menjerit malah ada yang menangis semasa mereka turun dari trak polis.

Iklan

Sinar Harian pada 3 Julai lalu melaporkan taktik licik satu sindiket dadah yang menyembunyikan puluhan kilogram pil kuda di bawah najis lembu terbongkar apabila polis melakukan enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat minggu lalu.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, sindiket yang dipercayai aktif sejak tiga tahun lalu itu berjaya ditumpaskan menerusi operasi pada 27 Jun, dengan penahanan enam suspek tempatan berusia 25 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita.

Dalam serbuan bermula jam 11.15 pagi hingga 4.30 petang itu, polis berjaya merampas 35.4 kilogram pil kuda bernilai RM5.04 juta serta menyita beberapa aset mewah bernilai RM1.1 juta termasuk beg tangan berjenama, barang kemas dan sebuah kereta Mustang Ecoboost 2.3.