BRUSSELS (Belgium) - Bekas diplomat tertinggi Eropah pada Rabu mengecam tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencalonkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk Hadiah Nobel Keamanan, dengan menyifatkannya sebagai tindakan oleh"tertuduh penjenayah perang” terhadap"pembekal senjata terbesar” beliau.
"Seorang tertuduh penjenayah perang yang dikehendaki keadilan antarabangsa mencalonkan pembekal senjata terbesarnya untuk Hadiah Nobel Keamanan, dan bersama-sama melakukan pembersihan etnik terbesar di rantau itu sejak tamat Perang Dunia Kedua,” tulis bekas Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, di X, lapor Anadolu Ajansi (AA).