Isu dadah: Kelantan tumpu kerjasama agensi, pendidikan awal

Iklan
Wan Roslan (kiri) pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2024 pada Rabu.

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu mesyuarat khas minggu lalu bagi menangani isu penagihan dan penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan di negeri ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, semua agensi berkaitan telah dipanggil bagi berkongsi strategi yang boleh dilaksanakan secara bersepadu untuk membanteras gejala itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta agensi berkaitan pendidikan.

“Pelbagai kaedah telah dikemukakan supaya semua peringkat masyarakat dapat bekerjasama dalam menangani masalah dadah termasuk di peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2024, pada Rabu.

Iklan

Wan Roslan berkata, antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk aspek pendidikan awal, pemulihan, sokongan institusi keluarga serta intervensi perubatan, yang boleh menjadi faktor pengurangan terhadap kes jenayah berkaitan dadah.

“Kita percaya kebanyakan individu yang terlibat dalam isu ini ialah remaja yang datang daripada latar belakang keluarga yang bermasalah atau mengalami keruntuhan institusi kekeluargaan,” katanya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan bahawa polis menahan enam individu termasuk seorang wanita, dan merampas sebanyak 35.4 kilogram dadah yang dianggarkan bernilai RM5.04 juta.

Kes berkenaan menjadi tular dan mencetuskan kebimbangan masyarakat di seluruh negara kerana dadah tersebut dikatakan untuk diedarkan kepada pelajar sekolah dan golongan remaja.