23 kes ajaran sesat dikesan di Selangor sejak 2019

Iklan
Mohammad Fahmi ketika menjawab pertanyaan pada sidang DUN Selangor Ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.

 

SHAH ALAM – Sebanyak 23 kes ajaran sesat telah dikesan dan dikenakan tindakan penguatkuasaan di Selangor sejak tahun 2019 hingga 2024.

Iklan
Iklan

 

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kes telah disabitkan kesalahan, manakala baki 11 kes masih dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Iklan

 

“Antara ajaran sesat yang telah diambil tindakan ialah Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-15 di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini pada Selasa.

Iklan

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chua Wei Keat (PH–Rawang) yang ingin mengetahui jumlah kes ajaran sesat di Selangor serta langkah kerajaan negeri dalam menanganinya.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri mengambil pendekatan intervensi melalui penjelasan, pendidikan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap ajaran sesat yang dikenal pasti tersebar di negeri ini.

 

Jelasnya, maklumat berkaitan ajaran sesat turut disampaikan kepada masyarakat melalui penerbitan bahan bercetak dan media elektronik, selain khutbah Jumaat yang dijadikan medium kesedaran kepada umat Islam.

 

“Selain itu, kerajaan negeri juga menguatkuasakan undang-undang dengan menjalin kerjasama bersama pelbagai agensi berkepentingan, di samping melaksanakan proses pemulihan dan bimbingan kepada mereka yang terlibat,” ujarnya.