Bayi 15 bulan maut disyaki didera ibu kandung, kekasih

Iklan
Seorang bayi perempuan berusia setahun disyaki maut di tangan ibu dan teman lelakinya dengan kesan kecederaan di lubang dubur di sebuah kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, di sini pada malam Ahad. Gambar hiasan

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan disyaki maut didera ibu dan teman lelakinya di sebuah kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, di sini pada malam Ahad.

Nasib malang yang menimpa bayi itu terbongkar selepas wanita berusia 24 tahun yang telah bercerai tahun lalu membawa anaknya ke Hospital Tampin kira-kira jam 11 malam selepas anaknya didakwa tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Sumber berkata, pemeriksaan doktor ke atas bayi tersebut menemui beberapa kesan lebam pada perut dan belakang badan mangsa selain kecederaan pada lubang dubur sebelum membuat laporan polis.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita dari Kampung Anak Air Durian Daun, Tampin telah membawa anak kandungnya di tempat kerja teman lelakinya berusia 20 tahun di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini, kira-kira 6.30 petang sebelum kejadian.

Iklan

"Difahamkan ibu kandung bayi malang itu keluar untuk membungkus makanan dan meninggalkan mangsa bersama teman lelakinya yang bekerja di kedai menjual peralatan memancing.

"Apabila wanita itu kembali ke kedai kekasihnya pada jam 10 malam, dia mendapati bayinya sedang tidur manakala teman lelakinya menguruskan kedai.

Iklan

"Bagaimanapun kira-kira jam 10.30 malam wanita itu cuba mengejutkan anak tunggalnya untuk pulang ke rumah, namun mangsa tidak sedarkan diri sebelum dia dan kekasihnya membawa mangsa ke hospital," katanya.

Tambahnya, mangsa menerima rawatan lebih kurang jam 11 malam sebelum disahkan meninggalkan dunia kira-kira 30 minit kemudian.

"Pegawai perubatan turut mengesahkan kecederaan dialami bayi terbabit dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk proses bedah siasat.

"Polis berjaya menahan pasangan kekasih itu malam tadi dan akan direman di Mahkamah Majistret Alor Gajah pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.