UM siasat dakwaan libatkan pensyarah kanan sebagai pengikut Freemason

Iklan
UM memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason.

Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara berkenaan, selain memastikan penelitian dibuat secara adil, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi ruang sepenuhnya kepada pihak universiti untuk melaksanakan proses siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Orang ramai juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” menurut kenyataan berkenaan.

Iklan
Iklan

UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap isu ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. - Bernama